Assalamualaikum~
Alhamdulillah..Allah masih memberi peluang untuk hambaNYA yg hina ini terus hidup dibumi ciptaanNya...
Hari ni genap lah 9bulan usia anak ibu..Nur 'Afraa Hidayah... Alhamdulillah...cepat sungguh masa berlalu... moga sisa masa yg ada tidak lagi terbuang~insyaAllah..
Azam baru...InsyaAllah,..nak start tarbiyah anak...hurm... memang mudah kalau nak membesarkan anak tp memdidik anak ni yang susah.. nak didik anak menjadi seorang yg berguna di dunia hingga ke akhirat..mendidik anak menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat...sedangkan diri sendiri masih lagi kekurangan ilmu...bagaimanakah nak memdidik anak ?:S..ya ALLAH bantulah diri ini agar dapat mendidik 'Afraa sebaik-baiknya... kerana anak ini amanah untuk ku...
Sejak dia lahir...saya dah bercita2 mendidik dia menjadi seorang yg terbaik dunia dan akhirat...insyaAllah..hanya dengan izin Allah semua ini boleh berlaku,..saya ambil keputusan untuk berhenti berkerja untuk mendidik dan membesarkan 'Afraa..
Memang berat rasa hati nak berhenti kerja...mengenangkan impian nak membeli sebuah rumah besar untuk mak dan membawa mak dan pak ke tanah suci...semua itu perlukan duit...tp..Allah memberi ku satu lagi tanggungjawab terhadap anak ku... anak ku yg akan dipersoalkan di akhirat kelak cara aku mendidiknya...Allah sahaja yg mengetahui perasaan yg bergolak dalam hati...aku yakin keputusan aku untuk mendidik 'afraa tepat... aku bertawakkal padamu Ya ALLAH..permudahkanlah segala urusanku...
insyaAllah saya akan update learning proses 'Afraa....:)
moga Allah redha dgn perkongsian saya ini...
salam~
Of baby checklist and preparation
13 years ago


No comments:
Post a Comment